Tuesday, December 24, 2013

Sangat Nostalgik

Sangat nostalgik

Bila mana aku bukak blog ni balik. Macam-macam yang bermain dalam minda aku. Wujud blog ni gara-gara aku nak luahkan apa yang bermain dalam minda aku. Bila tujuan itu dipenuhi maka aku rasa sebab itulah aku tinggalkan blog ni.

Kini aku bukak balik blog nih sebab aku rasa macam aku perlu sambung lagi kisah-kisah yang berlaku dalam hidup aku. Perlu ke sebenarnya?

Lepas ni blog ini aku adjust kepada wajah baru (kalau ada masa) sebabnya gaya aku pun dah mula berubah. Aku tak lagi seperti yang lalu. Ceeh.. Aku tranform skit ar..takde la mendadak.

So...ape ye aku nak ckp lagi?

Oh sedar-sedar ni dah penghujung tahun. Sudah penghujung tahun baru aku tengok blog aku. Tandanya, setiap kali hujung tahun aku kembali mengimbau kisah-kisah lalu aku. Biar aku kembali kedunia nyata. Biar aku sedar aku ni siapa sebenarnya.

Sepanjang tahun 2013 ini berbagai perkara sudah jadi. Baik duka atau suka, ianya asam garam kehidupan. Kita haruslah hadapinya dengan chaiyok2.. haha.

Tahun 2013 ini aku boleh katakan ianya tak adalah berakhir dengan suatu kegembiraan kerana ada sesuatu perkara yang membuka hati ini rasa sakit..namun ianya bukan juga berakhir dengan kedukaan kerana hati yang sakit itu aku ubati dengan mujahadah.

Aku rasakan bahawa Allah semakin membuka jalan untuk aku. Cuma aku agak terkantoi sedkit bila berada di kampung..kantoi tu bukan ape..jgn pikir lain. Kantoi tuh maksudnya aku buat ibadat sekadar apa yang perlu. Harap sangat Allah terus memberi kekuatan kepada ku.

Sebut sahaja kekuatan, aku punya kekuatan-kekuatan. Iaitu sahabat-sahabat aku sendiri. Mereka tak lekang memberi nasihat, dan semangat. Itu yang aku bersyukur sangat.

Sedikit nasihat untuk diri sendiri, biar pun ada je yng akan membenci diri kita, ade je yang merasa tidak puas hati terhadap kita anggaplah ianya sebgai cabaran dari Allah buat kita. Jika mana kalau merasakan ia dalam kalangan rakan kita yang punyai perilaku begitu maka cuba-cuba la hindari dia. Dan jangan membalas apa yang dia telah lakukan... Hadam dan doakan supaya dia diberi keampunan. :)

Dan akhir sekali, sebagai penutup bicara. Aku harap tahun hadapan dapat menjadikan aku lebih baik dari tahun ini..

Assalamualaikum.~

Monday, June 17, 2013

When Friend are not our side anymore and siapa yang salah?


Dalam hidup aye, tak pernah lagi kawan yang menjadi musuh aye. Jika ada pun aye lupa saat itu.. bagi aye, aye orang yang takde musuh. Kalaupun diorang buat jahat ngan aye, aye tk anggap diorang musuh. Sakit hati tu tetap ada la....

Bila berlaku kawan bertukar musuh ni apa yang perlu kita buat? Adakah perlu kita juga memusuhi dia? Ya dan tidak. Kalau dia memusuhi diri kita tanpa melibatkan lagi dengan mengacau-kacau hidup kita maka biar kan je.. Tapi kalau sampai tahap memburukkan nama kita, cuba mencederakan mental dan fizikal, kita wajib pertahankan diri. Fight!

Dalam dunia ni.. benda yang stick dan setia ngan kita ibu bapa je. Adik beradik pun kadang2 pecah belah. Kawan2 apatah lagi, even best fren forever hidup semati sejiwa. Hal kecik boleh jadi besar. ..perkara biol2 pun leyh mnyebabkan pergaduhan. LAst2 jadi musuh. Aye penah dengar kwn rapat gaduh besar sbb kan rebutkan laki, lahai bodohnya hidop. Kome korbankan nilai kawan sbb kan laki yang brkumis,brjerawatan tuh? no point. Ade juga gaduh dgn benda2 lagi tk masuk akal, cam mintak tolong kwan buat ini, kwn tu tknak buat kan n then jadi la prgaduhan..ahah..childish sgt.

Kalau bergaduh ni kita nak tengok siapa yang lebih benar ialah orang yang tak ramai kawan nak backup kan. Ia betul bukan sebab dia jahat so tkde orng nak kwn dia..tpi sbb dia fikir masalah dia maka tak perlu nak bwak orng sekampung ntuk bckup dia. Biar dia je lawan sndiri. This is their own game no need others to interrupt. Orang yang salah pula biasanya akan cari simpati orang2 lain. Makin ramai orang bersama dia, makin kuat la dia..dan sekurangnya dia akan hilang sifat rasa salah diri sendiri. Semuanya psikologi.

Kawan yang dah jadi musuh, kalau nak kawan balik memang agak memalukan. Sebab kalau sorang pihak tu dah mula citer buruk2 pasal kawan dia, maka camne dia nak lihat muka kawan dia tu lagi? No worry la. Even dah tak dpt nak brkawan serapat dulu, tpi selagi dpt kwan balik okey la. Camne nak bersihkan balik nama kawan yng dah kita burukkan? tk perlu nak explain apa2 lagi. Just kalau kita kwn je dgn dia maka orng tau la sbnrnya ada salah faham je antara sama sendiri.

Biasanya yng dah jadi musuh ni tetap musuh. Mana nak hadap lagi muka antara satu sama lain kan? Kalau kome rasa orang tu kome tkkan jumpa lagi dah, oke je carry on..aha..cuma bayangkan kalau tiap2 hari kome akan nmpak dia. Agak bad mood la ye tiap2 ari. Tak perlu la gitu. Kalau rasa tak boleh sangat nak berkawan dia, just tukar musuh tu kepada non musuh pun dah cukup. Tak yah declare kawan. Kalau ape2 kita still leyh beri dia item. Cam kalau nak blnje kwn2 mkn tibe antara kwn tu ade yng kita tak suka. Blnja la dia sekali. Takdelah nampak cam kita ni jahat n pembenci sangat. Ingat Islam tak kasi kita bermusuh sesama sedara.

Tolong jangan sesekali tanamkan sifat dendam dan amarah dalam diri. Cuba bayangkan. Allah tahu apa yang ada dalam hati kita. Kalau diri kita sentiasa ada sifat2 gitu, apa yang Allah akan lihat pada kita? Buat baik bukan sahaja pada Allah. Allah nak kita berbaik ngan suma orang. Just please kay..?

Satu benda bila aye bergaduh dengan orang lain, aye takkan cari salah orang lain terlebih dahulu. First aye akan teliti salah aye. N then aye akan fikir apa salah aye pada Allah. N then aye akan fikir ape yng menyebabkan gaduh? Ego? Buang ego tu. Ego tu la yng menyebabkan kita hilang banyak kawan.

Ok itu jelah aye nak merepek.




Program We Care bersama Anak YAtim ..wee

Lama nye aye tak update blog ni....berkarat dah oi.

Ok apa yang aye nak citer untuk entry kali ni ialah mengenai program yang aye sertai baru2 nih. Well sebagai  orang yng sukakan kanak2 memang aye tidak menolak untuk join kalau2 orang offer tuk jadi volunterr.

Masa malam sebelum program tu aye x sngka, aye demam... cis..aye risau da..kalau2 nnti kat program tu nnti aye tk dpt nak bagi yng terbaik. Alhamdulillah.~ Apapun dah naik bas tu rasa elok skit. 

Masa sampai kat tempat anak yatim tu aye bleyh lihat berbagai gelagat diorang. Dan terbit pndngn pertama aye kat diorang. Aye fikir diorang ni tk ade lah nakal macam dicakap sebelum ni. Dan diorang ni kalau bergurau sebenanyar kasar...maen ketuk2 pale la, cubit la...ahaha. Well kita yng tk biasa ni tngok tkut la.. kot2 cedera kwn dia tu.

Dan apa yang best bila aye pergi program melibatkan anak2 yatim ni aye boleh lihat diorang punya mentaliti bagaimana, sifat dan perangai diorang. Best tengok masing2 ada personaliti tersendiri. Aye melt tengok perangai cute diorang serius and gaya diorang berfikir. Even si kecil pun tk manja2. 

"Abang, geng ngan kami. Kami ni best.." 

Kata dua orang budak ni. Tak tau sebab ape diorang pilih aye. Aduh rasa special lak. Spnjang dlm bas.. diorang ni tk habis2 memujuk aye tuk satu team ngn diorang. Aye pun bagi la alasan, kata aye..aye nak team ngn suma orang. Aye ni uruskan makanan je. Diorang pun tk putus asa. Siap ckp mcm ni.

"Abang penah pegi cameron tak?"

"Penah."

"Jadi kita boleh laa satu geng!"

Gelak je aye bila diorang bnyk idea tuk tarik aye untuk masuk team diorang. Yang si pompuan pun tak kurangnya. Funny and fun. Lupa demam melayan mereka.

Smpai je di KL Bird Park. Aye akhirnya dipanggil untuk jadi abang pengiring diorang dua budak ni.. Senyum2 diorang hepi dapat aye..cis..(dah tu masa turun2 tu dok sebut nama aye je...)

Masa iring diorang ni, memang letih.. duk kejar diorang. Dua rakan aye pun letih jaga diorang2 ni gak  aha,..tapi kitorang enjoy. 

Speciality aye dan kawan2 dlm mnjaga diorang ni adalah melalui sakatan.  Aye suka sakat diorang.

YAng paling cute dalam kalangan kanak2 ni adalah Sarah. Comel je.. Geram tengok.

Lagu yang Sarah nyanyi tu ialah lagu Aku Yang DUlu dari Tegar. Lirik lagu ni kalau dihayati mmng sedih la. Plus macam kena pula dengan kehidupan diorang. Aye sebak je dalam hati ..

Ok itu jela aye nak citer. Apapun special thnks to Puan Dila sebab ajak kami tuk join sekaki buat haru biru dengan budak2 ni heheh...

Dengan Kumpulan I~

Tengok la diorang paksa aye duduk ngan diorang ..ahah cis

Abe2 Volunter

Monday, December 31, 2012

TAta 2012 dn hello 2013

Segenap lamanya beta menyepi dari menulis blog ....kini masuk sahaja tanggal 1 Januari 2013, cek kembali berblogging.. yup...sebagai orang baru...~~~

2012 Meninggalkan sribu satu kenangan utk cek.. 2012 Juga merupakan tahun yang menyebabkan berlakunya perubahan besar dan mendadak pada dri cek.. Bayangkan seorang lelaki yang asalnya seorang yang begitu skema, penakut, gemar menyendiri ini mula mendapatkan tenaga dari beast dalam tubuhnya....wah macam naruto plak dah aih...

Sebenarnya semenjak cek masuk dan menapak ke dalam  U ni, cek mula mengenali dri cek...bukan mengenali sebenarnya tapi lebih kepada release kan sifat cek sikit2...di skolah cek terpasal kontrol dan jadi seorang hipokrit.. Sepanjang masa cek kena duduk senyap dan jadi seorang yang pendiam. Semuanya demi nak jaga hati orang atau malas nak dengar orang kutuk2, mengedeng-ngendeng. Misalnya kalau cakap dengan orang pompuan skit mulalah nak kita suka kat dia la apalah..~~fuh, letih dan x suka dengar... Tapi masok U ni..kita peduli apa kan? Hanya kita je tahu kita suka kat siapa..heee..so cek mula bljar pedulikan suma sore2 mengusik tu...dan teros2 terusan releasekan sifat cek,...

OKey enough talking pasal diri sendiri...tapi kalau tak citer pasal diri sndiri nak citer pasal ape agi kan?

Didalam U, cek mula mengenali erti persahabatan yang lebih mendalam...~~~ Sifat2 manusia. Ade yang begitu baik, ade yang nampak cam baik, ade yang baik dan jahat, ada yang rajin, ada yang mengharapkan orang lain...Cek suka tngok bende2 gini.. Cek suka observe kenapa yang jahat mesti buat jahat, dan baik akan berterusan buat baik...

Lagi satu cek suka observe kalau ade orang tu ade sifat yang funny dan lain macam. Sebab tu kadang2 cek akan cuba2 dekat dgn orang gini. Orang macam ni perelease tension..berbanding orang yang suka2 sindir nih kan lebih kepada penambah tension..hahaah..

Em apa lagi nak tulis.?

Apa yang cek harap pada 2013?

Cek harap sesuatu yang baik akan berlaku....dan..um..cek hrap cek bertemu dengan soulmate cek...ntah sapa la dia kelak ye...yang dapat bwat hati cek yang keras ni berdegup2.....heee..dulu hnya sorang je dpt bwat camtuh....aaaahhaa...dah2 melalut lebih ni..

ok Selamat Mengharungi Tahun 2013 semua...




 

Wednesday, July 11, 2012

Mitos Kelkatu Mengejar Cahaya


Pernahkah kome terpikir kenapa Kelkatu mengejar cahaya? Kisahnya bermula begini.. Pada zaman dolu2 berlakunya peperangan epik antara puak Kelkatu dengan puak kunang-kunang..

Setiap hari puak kunang-kunang yang bertubuh lebih besar dan ganas menyerang tempat kelkatu. Akibat tidak tahan dengan serangan para puak kunang-kunang. Kaum kelkatu menyiapkan ribuan jutaan kaumnya untuk berperang bermati-matian.

Sang kunang-kunang yang besar dan gagah.


"Peperangan ini akan menjadi kelangsungan hidup puak kita. Gagalnya kita hari ini maka pupuslah kita di masa hadapan." kata ketua puak kelkatu. Yang lain-lain turut bersorak. Semangat mereka kian membara. Masing-masing mahu mengajar puak kunang-kunang yang selama ini begitu bongkak.

Rancangan puak kelkatu diketahui oleh puak kunang-kunang. Mereka ketawa dengan niat kelkatu. "Hahaha..sungguh mereka ini sudah hilang akal. Mereka tidak sedar ke bahawa mustahil bagi mereka untuk mengalahkan kita yang terdiri daripada kunang-kunang yang gagah dan terlatih?"

Di hari kelkatu ingin menyerang hendap sarang kunang-kunang. Puak kunang-kunang terlebih dahulu menyerang sarang kelkatu dengan bala tenteranya yang begitu ramai. Kata kunang-kunang, puak kelkatu adalah ancaman. Puak ini harus dilupuskan dari muka bumi ini.

Serangan kunang-kunang!!



Puak kelkatu terkejut dengan kehadiran ribuan tentera kunang-kunang. Puak kelkatu cuba melawan. Namun mereka tidak mampu buat apa-apa. Serangan puak kunang-kunang begitu pantas. Akhirnya sekelip mata puak kelkatu ditewaskan. Tapi tidak semua yang terbunuh ini kerana puak kunang-kunang menukar hasrat mereka. Kata mereka biarlah yang tinggal ini membawa sejarah. Biarlah mereka menceritakan kepada generasi mereka bahawa mereka pernah ditewaskan kunang-kunang. Biarlah mereka tahu bahawa jangan sesekali cuba mencari masalah dengan kunang-kunang...

Kekalahan kelkatu
Akhirnya setelah beratus tahun kemudian. Cerita ini disampaikan dari generasi ke generasi oleh puak kelkatu kepada anak cicit mereka. Puak kelkatu dan puak kunang-kunang kini tidak lagi tinggal berdekatan. Malah anak cicit kelkatu sendiri sendiri tidak tahu rupanya kunang-kunang. Cuma apa yang mereka tahu. Apa yang tok moyang mereka beritahu bahawa makhluknya kunang itu adalah makhluknya bercahaya.

Dan disebabkan kefahaman itulah maka kelkatu menyerang cahaya yang disangka kunang-kunang untuk menebus kekalahan lama...



TAMAT~


#ahahaha..~ terbaik tak mitos yang aye reka ni..huhui

Wednesday, June 20, 2012

Facebook Malaysia

Orang Malaysia memang suka meniru..dari program realiti hinggalah laman sosial..~


Hehehe..aye teguq dia skit~

BEsoknya....serta merta dia tukaq gmbaq yang lebeyh coooool..beheheh~


Satu posting aye telah didelete..ehehe~

PS : Lagi satu, perkataan cendawan telah diharamkan dalam DrBuku. kalau kome share dia akan kuar camni            ********~ haha....
 

Sunday, June 10, 2012

Troll Artis~ JEng3

Satu malam yang sunyi, aye sangat bosan. Bukak facebook pun takde orang nak layan..so aye bukak lah twitder~ nak tweet ayat merepek..ahaha~

Dan dalam kesibukan nak tweet, aye lihat sorang artis punya tweet..oh..minda ini mula membisik nakal..how bout you troll this retis...~ ko pun bosan kan?..Pastu jari2 aye ni pun kata.."Oke..bukan troll jahat pun..troll bentuk nasihat okeylah.."

Hehe..aye sokonglah apa yang artis akak tu tweet..then aye bagi contoh2 lain perbuatan yang dapat dosa..~

Tapi dengan tak sangkanya...aye dapat balasan tweet dari akak artis ni..heehehe..artis pertama tweet wa..^^ wink3


Akak dah terase....ish~ tak sebut pun nama akak..~

PS:Mana akak tau solat aye tak jage...? akak ngendap eh?~ Terjemah satu Al-Quran tu aye tak brape nak paham maksud dia?~ ermm...apapun thanks sebab akak membalas tweet aye yang kerdil ini...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...