Monday, June 17, 2013

When Friend are not our side anymore and siapa yang salah?


Dalam hidup aye, tak pernah lagi kawan yang menjadi musuh aye. Jika ada pun aye lupa saat itu.. bagi aye, aye orang yang takde musuh. Kalaupun diorang buat jahat ngan aye, aye tk anggap diorang musuh. Sakit hati tu tetap ada la....

Bila berlaku kawan bertukar musuh ni apa yang perlu kita buat? Adakah perlu kita juga memusuhi dia? Ya dan tidak. Kalau dia memusuhi diri kita tanpa melibatkan lagi dengan mengacau-kacau hidup kita maka biar kan je.. Tapi kalau sampai tahap memburukkan nama kita, cuba mencederakan mental dan fizikal, kita wajib pertahankan diri. Fight!

Dalam dunia ni.. benda yang stick dan setia ngan kita ibu bapa je. Adik beradik pun kadang2 pecah belah. Kawan2 apatah lagi, even best fren forever hidup semati sejiwa. Hal kecik boleh jadi besar. ..perkara biol2 pun leyh mnyebabkan pergaduhan. LAst2 jadi musuh. Aye penah dengar kwn rapat gaduh besar sbb kan rebutkan laki, lahai bodohnya hidop. Kome korbankan nilai kawan sbb kan laki yang brkumis,brjerawatan tuh? no point. Ade juga gaduh dgn benda2 lagi tk masuk akal, cam mintak tolong kwan buat ini, kwn tu tknak buat kan n then jadi la prgaduhan..ahah..childish sgt.

Kalau bergaduh ni kita nak tengok siapa yang lebih benar ialah orang yang tak ramai kawan nak backup kan. Ia betul bukan sebab dia jahat so tkde orng nak kwn dia..tpi sbb dia fikir masalah dia maka tak perlu nak bwak orng sekampung ntuk bckup dia. Biar dia je lawan sndiri. This is their own game no need others to interrupt. Orang yang salah pula biasanya akan cari simpati orang2 lain. Makin ramai orang bersama dia, makin kuat la dia..dan sekurangnya dia akan hilang sifat rasa salah diri sendiri. Semuanya psikologi.

Kawan yang dah jadi musuh, kalau nak kawan balik memang agak memalukan. Sebab kalau sorang pihak tu dah mula citer buruk2 pasal kawan dia, maka camne dia nak lihat muka kawan dia tu lagi? No worry la. Even dah tak dpt nak brkawan serapat dulu, tpi selagi dpt kwan balik okey la. Camne nak bersihkan balik nama kawan yng dah kita burukkan? tk perlu nak explain apa2 lagi. Just kalau kita kwn je dgn dia maka orng tau la sbnrnya ada salah faham je antara sama sendiri.

Biasanya yng dah jadi musuh ni tetap musuh. Mana nak hadap lagi muka antara satu sama lain kan? Kalau kome rasa orang tu kome tkkan jumpa lagi dah, oke je carry on..aha..cuma bayangkan kalau tiap2 hari kome akan nmpak dia. Agak bad mood la ye tiap2 ari. Tak perlu la gitu. Kalau rasa tak boleh sangat nak berkawan dia, just tukar musuh tu kepada non musuh pun dah cukup. Tak yah declare kawan. Kalau ape2 kita still leyh beri dia item. Cam kalau nak blnje kwn2 mkn tibe antara kwn tu ade yng kita tak suka. Blnja la dia sekali. Takdelah nampak cam kita ni jahat n pembenci sangat. Ingat Islam tak kasi kita bermusuh sesama sedara.

Tolong jangan sesekali tanamkan sifat dendam dan amarah dalam diri. Cuba bayangkan. Allah tahu apa yang ada dalam hati kita. Kalau diri kita sentiasa ada sifat2 gitu, apa yang Allah akan lihat pada kita? Buat baik bukan sahaja pada Allah. Allah nak kita berbaik ngan suma orang. Just please kay..?

Satu benda bila aye bergaduh dengan orang lain, aye takkan cari salah orang lain terlebih dahulu. First aye akan teliti salah aye. N then aye akan fikir apa salah aye pada Allah. N then aye akan fikir ape yng menyebabkan gaduh? Ego? Buang ego tu. Ego tu la yng menyebabkan kita hilang banyak kawan.

Ok itu jelah aye nak merepek.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...