Wednesday, July 11, 2012

Mitos Kelkatu Mengejar Cahaya


Pernahkah kome terpikir kenapa Kelkatu mengejar cahaya? Kisahnya bermula begini.. Pada zaman dolu2 berlakunya peperangan epik antara puak Kelkatu dengan puak kunang-kunang..

Setiap hari puak kunang-kunang yang bertubuh lebih besar dan ganas menyerang tempat kelkatu. Akibat tidak tahan dengan serangan para puak kunang-kunang. Kaum kelkatu menyiapkan ribuan jutaan kaumnya untuk berperang bermati-matian.

Sang kunang-kunang yang besar dan gagah.


"Peperangan ini akan menjadi kelangsungan hidup puak kita. Gagalnya kita hari ini maka pupuslah kita di masa hadapan." kata ketua puak kelkatu. Yang lain-lain turut bersorak. Semangat mereka kian membara. Masing-masing mahu mengajar puak kunang-kunang yang selama ini begitu bongkak.

Rancangan puak kelkatu diketahui oleh puak kunang-kunang. Mereka ketawa dengan niat kelkatu. "Hahaha..sungguh mereka ini sudah hilang akal. Mereka tidak sedar ke bahawa mustahil bagi mereka untuk mengalahkan kita yang terdiri daripada kunang-kunang yang gagah dan terlatih?"

Di hari kelkatu ingin menyerang hendap sarang kunang-kunang. Puak kunang-kunang terlebih dahulu menyerang sarang kelkatu dengan bala tenteranya yang begitu ramai. Kata kunang-kunang, puak kelkatu adalah ancaman. Puak ini harus dilupuskan dari muka bumi ini.

Serangan kunang-kunang!!



Puak kelkatu terkejut dengan kehadiran ribuan tentera kunang-kunang. Puak kelkatu cuba melawan. Namun mereka tidak mampu buat apa-apa. Serangan puak kunang-kunang begitu pantas. Akhirnya sekelip mata puak kelkatu ditewaskan. Tapi tidak semua yang terbunuh ini kerana puak kunang-kunang menukar hasrat mereka. Kata mereka biarlah yang tinggal ini membawa sejarah. Biarlah mereka menceritakan kepada generasi mereka bahawa mereka pernah ditewaskan kunang-kunang. Biarlah mereka tahu bahawa jangan sesekali cuba mencari masalah dengan kunang-kunang...

Kekalahan kelkatu
Akhirnya setelah beratus tahun kemudian. Cerita ini disampaikan dari generasi ke generasi oleh puak kelkatu kepada anak cicit mereka. Puak kelkatu dan puak kunang-kunang kini tidak lagi tinggal berdekatan. Malah anak cicit kelkatu sendiri sendiri tidak tahu rupanya kunang-kunang. Cuma apa yang mereka tahu. Apa yang tok moyang mereka beritahu bahawa makhluknya kunang itu adalah makhluknya bercahaya.

Dan disebabkan kefahaman itulah maka kelkatu menyerang cahaya yang disangka kunang-kunang untuk menebus kekalahan lama...



TAMAT~


#ahahaha..~ terbaik tak mitos yang aye reka ni..huhui

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...